PILU........Si Kecil Kucup Gambar Papanya, Dia Tidak Tahu Ayah & Ibu Sudah Tidak Bersama


Sepanjang bergelar isteri, tidak pernah sedetik melupakan hubungan dengan Allah. Aurat dijaga. Subhanallah.

I treat him like King. Misai janggut dirapi, kuku kaki dipotong, baju dan seluar digosok. Kadang-kadang di waktu malam dia dah tidur, mata ini tidak dapat tidur lagi. Sebelum tidur, saya akan solat tahajjud memohon pada Allah memberkati hubungan kami. Baring di sebelahnya sebelum mata mampu lelap, saya akan bacakan surah Al-Mulk buat dirinya sambil mengusap kepalanya.

Itulah yang saya amalkan. Namun bahagia itu bukan milik saya. Kebanyakan perempuan yang menjadi dambaan Dia kebanyakan yang dahi licin. Ketika mula-mula hidup, kami lalui hidup susah senang bersama. Guna kereta buruk, saya tak mengeluh. Saya beritahu suami, "Sayang, Alhamdulillah Allah lindungi kita dari hujan panas dengan kereta ini,".

Bila dah ada anak seorang, Allah tiupkan sedikit kesenangan buat dirinya dan dia mampu membeli kereta baru. Gaji dia pun naik sedikit. Rezeki anak, rezeki buat kami.

Malangnya, dia mula bermain cinta dengan perempuan lain. Tetapi saya tetap bersabar, bersabar sampai ke saat ini. Ada perempuan yang menghina saya, ada keluarga perempuan yang memaki hamun saya.

Saya beritahu, bukan salah saya. Saya sudah cuba buat yang terbaik, lakukan yang terbaik. Sepanjang kami berpisah, anak yang paling terasa akan kehilangannya. Si kecil merengek sehingga demam. Mujur ketika keluar, saya minta izin nak sehelai kain pelikatnya, lalu diselimuti anak kecil ini. Tidurlah si kecil dengan lena.

"Sayang doakan papa dunia akhirat ye," bisik saya pada si kecil tanpa menyedari air mata mengalir di pipi.

Saat suami menghantar gambarnya, si kecil terus mengambil telefon bimbit lalu dikucupnya gajet ini tanpa mengetahui yang ayah dan ibunya sudah tidak bersama.

Saya sudah cuba menjadi yang terbaik untuk dia. Setiap kali membaca Quran, setiap kali membaca Yassin saat berhenti di kunfayakun kunn (diniatkan Allah limpahkan rezeki buat suamiku) fayakun. Saat menangis di atas kecurangannya, saya genggam tangan dia.

"Sayang, awak terima akad itu dulu telah saya tekadkan seluruh jasad ini berbakti kepada awak. Telah saya kirimkan seluruh cinta buat awak bersaksikan Allah. Namun sayang, jika perempuan itu mampu bahagiakan awak, mohon halalkan segalanya apa yang saya sudah curahkan. Andai jemari saya tidak lagi lembut membelai jasad awak, maafkan saya. Andai kaki saya sudah menampakkan retaknya, maafkan saya. Sudah saya tarbiahkan diri menjadi wanita solehah dalam hidup awak. Ampunkanlah segalanya,".

Di saat ini saya dirundung kekeasalan kerana mencintai manusia. Manusia akan mati, tetapi melihat dua anak mata anak-anak, saya percaya cinta hakiki, cinta pada Maha Pencipta. Sudah ayah pergi menghadap Illahi, menghadap pada suami, suami lebih percayakan perempuan lain mampu berikan kebahagiaan yang dia mahukan.

Doakan saya dengan anak-anak kuat menempuh hari-hari kami kelak.