FUHH....!!! Inilah Rupa-Rupanya PUNCA UTAMA Hubungan PM Najib Dan Sultan Johor RETAK !!!

Inilah Rupa-Rupanya PUNCA UTAMA Hubungan PM Najib Dan Sultan Johor RETAK !!! | Seperti yang didedahkan oleh blog pro BN (PM Najib), Di Ambang PRU atau PRU14.TV…. Tiga daripada dalang daripada Gerakan Anti-Najib atau GAN – Rafizi Ramli, Johari Abdul dan Ariff Sabri Abdul Aziz – telah mengaturkan agar seorang peguam India yang pernah menjadi penasihat undang-undang Umno untuk menyediakan 120 Akuan Berkanun (SD).


Kira-kira 85 daripada SD ini disediakan untuk Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan 35 yang lain untuk Ahli Parlimen Barisan Nasional. Dan 120 Ahli-ahli Parlimen dari kedua-dua belah pihak ini akan menandatangani SD bagi membuktikan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bahawa Najib telah kehilangan sokongan majoriti di Parlimen.

Kerabat dari sebuah negeri selatan Malaysia Barat telah mengadakan pertemuan dengan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk memaklumkan Baginda bahawa 120 SD sedang dalam proses untuk dimuktamadkan dan bahawa undi tidak percaya akan dibentangkan di Parlimen untuk memaksa Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Pihak dari negeri selatan ini meminta Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk menyokong langkah mereka mahu menggulingkan Najib, yang akan dibuat melalui undi tidak percaya, manakala SD pula bagi memastikan bahawa 120 Ahli-ahli Parlimen tidak mendapat takut apabila tiba masanya seperti yang pernah berlaku semasa ’16 September’ 2008 yang dirancang oleh Anwar Ibrahim gagal dengan cara yang paling dramatik.

Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong murka terhadap mereka yang cuba mengguling kerajaan “gave Regent a dressing down “ dan bertitah bahawa baginda tidak akan menyokong usaha untuk menggulingkan Perdana Menteri atas dasar pembohongan, penipuan, sindiran dan tuduhan palsu yang disokong dengan bukti yang dipalsukan.


Pihak tersebut rasa seperti seorang pelajar yang telah ditangkap mencuri mufin dari pantri dan berharap bahawa tanah akan terbuka agar beliau boleh hilang dan memadamkan semua kesengsaraan. Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong kemudian menghantar pihak tersebut balik “packing with his tail between his legs” dan dengan tegas ‘no way, Jose’. KREDIT PRU14.TV.

Kredit : http://debatmalaysia.com/2015/08/inilah-rupa-rupanya-punca-utama-hubungan-pm-najib-dan-sultan-johor-retak/#